Thursday, 30 March 2017

Perkhidmatan Kereta Sewa Murah di Kawasan Senai Airport




Antara keperluan bagi mereka yang suka makan angin adalah pengangkutan yang memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang pelancong itu menyewa kenderaan. 

Antaranya adalah;
a. Kemudahan pengangkutan awam yang kurang disesebuah kawasan. 
b. Kemudahan awam yang tidak cekap. Kadang kala kita terpaksa menunggu lebih dari satu jam bagi mendapatkan perkhidmatan bas awam. 
c. Kenderaan awam yang tidak meluas coveragenya. 
d. Harga yang ditawarkan agak mahal berbanding perkhidmatan yang ditawarkan.
e. Memerlukan pergerakan yang banyak dan masa yang tidak menentu. Contohnya, pelancong tersebut ingin ke lebih 10 tempat dalam masa satu hari dan masanya mungkin boleh menjangkau sehingga tengah malam. 
f. Kereta sewa murah dengan pelbagai kemudahan. 
g. Masa yang flexible. Jika dibandingkan dengan bas dan teksi, penyedia perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri boleh menghantar kereta sewa tersebut kepada pelanggan pada waktu malam tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. 

Di kawasan Senai Airport itu sendiri, terdapat banyak penyedia perkhidmatan kereta sewa. Samaada yang didalam airport atau dikawasan sekitarnya. 

Pelancong hanya perlu membuat tempahan awal bagi mengelakan kesulitan semasa tiba di airport. Sekiranya tempahan awal telah dibuat, 99.99% kereta sewa yang anda tempah akan diterima semasa anda tiba di Senai Airport. 

Anda boleh mencuba menggunakan perkhidmatan kereta sewa murah di kawasan Senai Airport yang pihak kami tawarkan. Dengan barisan kenderaan seperti Perodua Viva, Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Alza, Proton Iris, Proton Exora dan Hyundai Starex, anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 

Sekiranya anda ingin bertanyakan mengenai Perkhidmatan Kereta Sewa Murah di Kawasan Senai Airport, anda tidak perlu teragak agak untuk mengajukan kepada kami. Call / Whatsapp / SMS ke no +60127437779 atau +60127612279. Kami sedia membantu anda.

Friday, 8 January 2016

Perkhidmatan Bas Persiaran Di Johor Baharu



Salam 1Malaysia

We provide 20, 24, 36, 40 and 44 seat coaster and coach for your any activities. Price is base on your itinerary. 

Please call us during or after working hours, we will try to assist you as best as we can

Call / SMS / Whatapp / Telegram 

+60127437779 Shafie
+60127612269 Hidayah
+6072562670 Office

Homestay Paling Best Di Johor Baharu

Salam 1Malaysia, 

Kami menyediakan perkhidmatan homestay kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa, agama atau pun warna kulit. Butiran homestay kami adalah seperti dibawah;

   

Lokasi
Taman Ungku Tun Aminah, Skudai Johor Bahru

Jenis Homestay
Rumah teres 3 bilik tidur

Kemudahan
3 bilik tidur
2 bilik air
1 dapur
1 ruang tamu
1 ruang makan
Dapur gas
Peti ais
TV
Penyaman udara

Jarak homestay dengan;
Legoland 20 minit
Petrol station 7 minit
Bus station 4 minit
Bandar Johor Baharu 30 minit
Pasaraya 10 minit
Woodland 1 jam
Tol Skudai 20 minit

Harga Sewa 
1 malam RM200
2 malam RM190
3 malam RM180
> 3 malam (Whatapps)
sebulan (Call)
6 bulan keatas (SMS)

Berminat? Sila hubungi;

+60127437779 Shafie

Sunday, 28 June 2015

Tempat Makan Paling Best Di JB

Kalau nak cerita pasal makan nie, aku jenis yang suka makan makanan yang aku tak pernah makan sebelum ini. Dulu masa zaman kanak-kanak, nak dijadikan cerita, masa tu aku tak tau nak minum apa, aku pun cuba buat kopi O campur majerin.. Rasanya .. perghhhhhhhhhhhhh memang tak sedap.. hehehe.. 

Ada satu lagi kejadian, masa tu sekolah menengah. Kalau tak silap aku, masa tu ada kem motivasi untuk pelajar bermasalah.. (termasuklah aku.. ).. masa tu brader kantin beri kami setin biskut. Biskut yang 4 segi tu.. Kalau kat kampung, kami panggil biskut tu, biskut tawar nipis... Semua member-member aku cicah biskut tu pada air kopi, aku pulak amik kicap dan aku campurkan dengan air biasa, dan masukan dalam gelas.. aku cicah biskut dengan kicap... huhahahaha.. gila kan aku nie.. 

Sebenarnya bukan gila pun, aku cuma rasa bosan kalau makan benda yang sama hari hari.. aku nak cuba sesuatu yang baru.. Tapi aku ada makanan kegemaran jugak. Contohnya sayur lemak labu dimakan bersama telur goreng berbawang dan nasi panas agak lembik.. perghhh sedap wooo....

Ok la.. aku sebenarnya nak cerita pasal tempat makan menarik yang aku pernah makan kat JB nie.. Kali ini aku cuma nak cerita pasal sarapan je ok. Sebab kalau aku tulis semua dari sarapan sampai makan malam, nanti aku tak ada apa nak di post pada entry akan datang pulak... 

Ok. Kat JB nie ada banyak tempat sarapan yang sedap-sedap. Sedap yang aku maksudkan adalah sedap mengikut selera tekak aku dan masa aku makan tu, ramai orang.. so kiranya aku iktiraf dan orang lain pun iktiraf tempat makan tu la kan... 

1. Kacang Pool - Plaza Larkin
2. Murtabak / Roti canai - Plaza Larkin / Restoren PG, Pasir Gudang
3. Mee Hoon Goreng - Gerai Kebayan, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
4. Lontong - Gerai Kebayan, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
5. Soto - Restoren Mat Misai, Larkin
6. Nasi Lemak - Kg Pasir Putih, Pasir Gudang
7. Mee Udang - Kg Tg Langsat, Pasir Gudang
8. Mee Goreng - D Rasa, Desa Cemerlang, Ulu Tiram
9. Roti Bakar - Chamek Bandar Baru Uda, JB
10. Mee Rebus - Mee Rebus Haji Wahid, Angsana

Saturday, 20 June 2015

Melancong Ke Melaka Bandaraya Bersejarah : Setiap Kunjungan Memberikan Pengalaman Yang Pastinya Unik

Salam. 

Dah lama juga rasanya tak post something kat sini.. Actually banyak yang nak dipost.. cuma masa sangat sangat tidak mengizinkan.. Kadang kadang jadi pencuri juga.. pencuri masa.. sebab nak penuhi apa yang kita dah janjikan.. 

Ok.. tak nak buang masa banyak banyak.. dah katanya masa sangat sangat tidak mengizinkan.. so kena la cepat cepat kan.. 

Cuti sekolah yang lepas nie.. May 30, sampai June 14, saya sempat mengikuti beberapa trip. Antaranya adalah ke Melaka. Bersama sama dengan Ustaz Izi, Ustaz Din dan para pelajarnya. Just a short trip. 2H1M. 

Sebenarnya, saya dah banyak kali ke Melaka, atas urusan kerja, juga jalan jalan dengan famili. Kalau nak ikutkan, 2H1M ke Melaka nie memang masa yang sangat pendek.. Memang betul betul rushing.. Tapi, dah namanya bawak anak murid, macam macam keletah mereka nie.. so, ada jugak tempat tempat yang tak dapat nak cover bebetul. Kalau ikutkan schedule, berikut adalah tempat yang kami akan lawati;

1. Mesjdi Tengkera
2. Menara Taming Sari
3. Muzium Samudera
4. Muzium Islam Melaka
5. Bukit St Paul
6. Melaka River Cruise
7. Muzium Kapal Selam
8. Komples Falak Al - Khwarizmi 
9. Zoo Melaka

Atas sebab sebab tertentu, Muzium Islam Melaka dan Bukit St Paul tidak dapat kami kumjungi.. dalam hati memang terasa ralat jugak, tapi perancangan kita apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan perancangan oleh Yang Maha Sempurna.. 

Kami bertolak pada 7 June 2015 kira kira jam 730 am. Group trip kali ini telah menunggu kami di Mesjid Taman Impian Emas, Skudai.. bila saya sampai je, masing masing muka memang ceria sakan.. mana taknya.. nak jalan jalan kan.. 

Perjalanan kami tergendala sedikit pagi tersebut kerana beberapa dokumen yang diperlukan tidak dapat di perolehi sebelum masa perjalanan. Tapi, semua tu allhamdulillah kami dapat atasi dengan jayanya.. 




Perjalanan dari JB ke Melaka mengambil masa kira kira 3 jam macam tu.. Kalau naik kereta rasanya boleh cepat lagi tu.. iye la kan.. kami bukan nak pergi meeting pun kan.. kan nak pergi berhibur dalam masa yang sama belajar sesuatu daripadanya.. 

Sampai di Melaka, kami terus ke destinasi pertama yang kami telah plan sejak awal lagi, iaitu Mesjid Tengkera.. Mesjid Tengkera nie adalah antara mesjid awal yang didirikan di Melaka.. kalau kita amati dengan teliti, banyak ciri ciri binaannya mirip kepada tokong cina, tapi, ianya adalah disebabkan pengaruh senibina China pada zaman tersebut. 

Apa yang saya tahu, mesjid ini tidak pernah di naiktaraf dan binaannya adalah binaan yang asli semasa ia dibina.. Ukiran kayu, tiang seri, kolam tempat mengambil wuduk adalah beberapa tarikan yang terdapat di mesjid ini.


Selepas solah di Mesjid Tengkera, kami menuju ke Bandar Hilir (Banda Hilir) yang terletak tidak jauh dari Mesjid Tengkera. Sebenarnya, semasa selepas tamat persekolahan dulu, saya pernah tinggal di Melaka. So, selok belok Bandar Melaka, Tengkera, Kota Laksamana, dan Bandar Hilir memang sudah menjadi mainan perjalanan saya setiap hari.. 


Kalau dulu, dari Bandar Hilir ke Bandar Melaka, saya jalan kaki. Masa tu mengambil masa dalam 20 minit macam tu.. Kenapa masa tu? Masa sekarang jalan dah berubah ke? So sebab tu ada perbezaan masa perjalanan?? Jalan berubah, fizikal saya pun tak seaktif dulu sebenarnya.. so, kalau dulu ambil masa 20 minit, sekarang takut tak sampai je.. hehehe

Back to the story, selepas mereka makan tengahari, kami terus ke Menara Taming Sari. Menara ni antara tempat yang wajib dilawati bila datang Melaka.. Sebabnya, kita boleh melihat panorama sekitar Bandar Hilir, Bandar Melaka dan Selat Melaka.. Dari ketinggian 80 meter dari aras laut.. kalau yang tak biasa dengan tinggian memang rasa kejung la jugak naik benda ala nie.. hehe..dengar ceritanya, ada jugak yang terkencing masa naik Menara Taming Sari nie.. Menurut cerita la.. tak tau sohih atau tak.. 



Sementara diaorang menaiki Menara Taming Sari, saya melangkah ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak betul betul dihadapan Menara Taming Sari ni.. Kalau ke Melaka, tak pekena asam pedas, memang tak sah.. 

Kat Melaka nie memang terkenal dengan makanan asam pedas.. asam pedas ikan pari, ikan kembung, dan kalau bertuah pada hari tersebut, ada telur ikan.. pergh.. memang sedap la.. 

Kat Melaka nie, ada beberapa tempat yang  menjual asam pedas yang popular. Antaranya adalah Asam Pedas Selera Kampung nie, Asam Pedas Hjh Mona dan Asam Pedas Power.. kalau ke Melaka, boleh la google tempat nie.. saya memang rekomen.. terbaik beb. Tak nak cerita la saya makan apa kat restoran tu, kang ada yang kecur pulak.. so demi menjaga sesnitiviti sesetengah orang yang mudah kecur, saya tak ceritakan apa yang saya makan..haha




Next point adalah ke Muzium Kapal.. Dari Menara Taming Sari ke Muzium Kapal lebih kurang 4 minit dengan berjalan kaki.. jalan kaki lagi senang sebenarnya dari naik kereta kalau nak kesini.. biasa la kan.. tempat tempat macam nie, memang susah nak cari parking. Ditambah pulak, kat Melaka nie, kebanyakannya jalan semua sehala.. 


Actually mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya.. Ada tiga muzium kat area sini.. pertama Muzium Kapal, Muzium Samudera dan Muzium TLDM.. ketiga tiga muzium nie hanya menggunakan tiket yang sama.. 3in1. Sebab ramai yang tak tahu, so ramai yang beli tiket di Muzium Kapal dan tak masuk pun Muzium Samudera dan Muzium TLDM. So, lepas nie, makesure, kalau dah beli tiket kat Muzium Kapal, masuk sekali la ke muzium yang lagi dua tu.. 


Muzium Kapal nie, designnya adalah mengikut kapal Partugis Flor de La Mar. Nak tahu sejarah kapal ni? Kena baca balik buku sejarah tingkatan 2.. Sejarah Tanah Melayu.. kalau saya ceritakan kat sini, confirm, semua orang tertido... hihi

Selepas melawat ketiga tiga muzium nie, kami sepetutnya melawat Muzium Islam Melaka dan memanjat Bukit St Paul. tapi sebab masa tidak mengizinkan, kami terus ke Melaka River Cruise. 

Check point Melaka River Cruise pun just kat belakang Muzium Kapal tu je.. Jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai.. 


Apa menarik sangat kat Melaka River Cruise? Naik boat ramai ramai, menyusuri Sungai Melaka.. kiranya kita akan menyusuri sungai tersebut dari hulu hingga ke hilirnya dan patah balik ke hulu.. Dahulunya, muara sungai nie merupakan pelabuhan yang amat penting. Kalau tak penting, takkan kuasa luar macam Portugis sibuk nak menjajah Melaka pada ketika itu kan..Even sampai sekarang pun, Selat Melaka masih lagi menjadi selat tersibuk bagi laluan kapal kapal dagang yang hendak ke bahagian timur.. melalui Port Klang, Tg Pelepas, Port Singapore, Tg Langsat terus ke Port Kuantan atau ke Labuan dan sebagainya.. 

Dulu, Jeti Shahbandar nie adahal jeti yang sibuk, macam dalam filem melayu zaman dahulu. Sekarang, kawasan sekitar jeti telah dibangunkan dijadikan muzium, hotel dan pusat perniagaan.. 


Walaupun tak sehebat menyusuri sungai di Itali, tapi, kepuasan pasti terasa apabila mengikuti cruise ini dari hulu ke hilir dan ke hulu semula.. Dari river cruise, kami ke tempat penginapan kami di Pengkalan Balak.. Kami telah menyewa 3 buah homestay di situ.. So far so good.. Homestay is homestay, tak boleh nak bandingkan dengan hotel 3 atau 5 bintang... compare dengan homestay yang lain, so far so good.. 

Menariknya di homestay nie, ada sebuah perigi, so sapa sapa yang tak pernah mandi perigi, boleh la try.. 

0000 malam.. semua orang tidur untuk menyimpan tenaga bagi program esok pulak... 

Sunday, 24 May 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 7)

Dari [bahagian 6]


Semalam seharian kami berjalan.. kalau tak silap, lepas makan malam, terus kami terlelap.. semua kepenatan.. hari ni adalah hari terkahir kami di Kuching.. Flight balik kami ke Senai adalah jam 950pm. So kami kena ada kat airport 1 jam sebelum tu.. 

Ok, hari mau kemana... saya bagi tau tourist guide supaya menjemput kami pada jam 10am.. Pagi tu kami layan anak anak yang suka mandi kolam.. bagi diaorang penat sikit.. hehe.. dan lepas mandi kolam, kami pun tunggu di lobi hotel sementara menunggu tourist guide kami sampai.. 

Planning kami hari nie, pagi nak melawat Muzium Islam Sarawak, Muzium Kucing, dan pusing pusing area Kuching je.. semalam hantar baju kat dobi, kalau hari ni lupa nak ambil, jadi satu kali keja pulak nak kena datang balik haha.. so, baju di dobi jangan dilupa...

Destinasi pertama kami adalah Muzium Islam Sarawak. Lokasinya adalah di Jalan P Ramlee, Kuching Sarawak.. Actually muzium ini dulunya adalah sebuah sebuah sekolah agama atau pun madrasah. Kat sini, dibahagikan kepada beberapa section. Kalau ikut apa yang saya nampak, section disini dibahagikan mengikut sejarah perkembangan islam, terutmanya di Sarawak.. Dari zaman dahulu, hinggalah sekarang.. bila masuk muzium nie, actually banyak membuka kejahilan kita.. sebabnya, banyak benda yang kita tak tahu, kita akan dapat tahu bila datang muzium nie.. 

Selain tu.. kalau datang muzium nie, bagus untuk pengetahuan kita dan anak anak.. ajar mereka mengenai sejarah.. biar diaorang tak lupa asal usul.. 

Terasa jugak haus bila jalan jalan dalam muzium nie. Lagi pulak, anak yang kecik nie, kadang kadang lenguh kakinya, dan dia mintak dukung.. nasib baik ibunya tak lenguh kaki.. hihi. Kalau pihak muzium dapat sedaiakan vending machine kat area muzium memang bagus la.. memang la vending machine tu suatu yang moden, tapi untuk keselesaan pengunjung apa salahnya ye tak.. 

Saya berusia 36 tahun 8 bulan masa menulis artikel nie.. nak kata tua la tua sangat.. nak kata muda jauh sekali... tapi, saya nak sarankan ibubapa yang sebaya saya, supaya bawak anak anak jalan jalan ke muzium atau tempat tempat sejarah yang ada kat Malaysia nie.. sayang jadi generasi pada hari, sebab kurang pengetahuan sejarah.. kalau tak banyak, sikit pun ok jugak kan.. 

Masa kami di muzium tu, cuma kami sekeluarga je yang ada. Walaupun pihak muzium tak kenakan apa apa bayaran untuk masuk kisini. Haah PERCUMA.. Jom ramai ramai kita ke muzium.. ok tak?

Selepas 2 jam kami di Muzium Islam Sarawak, destinasi kami seterusnya adalah Muzium Kuching.Actually Muzium Kucing nie terletak sama bangunan Dewan Bandaraya Kuching.. DBKU. Lokasi? Kat Bukit Siol.. haah memang namanya Bukit Siol.. Kalau orang Johor kan selalu sebut siol, siot dan yang seumpamanya.. rupanya perkataan tu berasal dari SARAWAK.. ekkk

Bangunan DBKU nie actually besar jugak.. Beberapa tingkat la jugak.. menempatkan pusat pentadbiran pihak berkuasa tempatan Kuching, ada dewan dan muzium ni sendiri.. Kebetulan masa kami berkunjung ke muzium nie, dewan yang saya bagi tau tadi digunakan oleh orang lain.. percaya atau tak, kumpulan HyperX pun ada masa tu.. anak saya yang no 2 perasan penyanyi kumpulan tu, Roni sedang besembang di tangga.. tapi tak kan kitaorang nak acah acah jakun pulak kan.. so kami buat bodo je la.. huhu

Dalam muzium nie, segalanya tentang kucing.. dari A sampai Z.. ada kedai menjual cenderahati yang berbentuk kucing, ada pameran kucing, ada sejarah kucing, ada koleksi peribadi berbentuk kucing dan macam macam ada kat sini.. Kalau datang sini, anak anak memang suka la.. apa taknya, mereka dapat melihat pelbagai spesis kucing yang ada kat sini.. selain tu ada interactive game, pun berkaitan dengan kucing jugak... 

Pemandangan dari atas Bukit Siol memang memukau.. memang cantik.. tapi sebab camera yang kami gunakan just menggunakan hp je, so gambarnya blur blur la sikit .. mintak ampun ya.. 

Setelah penat mengunjungi dua muzium nie, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit terutama sekali baju di dobi.. hehe.. 

Lepas lunch di Hot Spot Food Court, kami ke dobi untuk mengambil baju yang semalam kami hantar.. Agak susah jugak sebenarnya untuk mendapatkan khidmat dobi di kawasan Kuching nie.. mungkin sebab ianya merupakan bandar besar yang kurang penduduk yang stay di kawasan ini atau kami yang tak jumpa dobi berhampiran. Penyudahnya, kami terpaksa menghantar dobi agak jauh dari tempat menginap. 

Kami checkout awak lewat, Lebih kurang jam 5 petang macam tu.. kalau checkout awal sangat pun tak best jugak, nanti kena mengangkut beg yang berat berat tu pulak kan.. dan selepas semuanya selesai, kami bergegas ke Kuching International Airports. Kira awal jugak la sampai airport. Tak apa la, dari tertinggal flight, lagi naya nanti... 

Sementara menunggu flight, kami sempat makan mengisi perut kami anak beranak dan solat maghrib di airport. 

Emm tu je kot nak tulis.. kalau ada sesapa nak g Kuching, kami sedia berkongsi apa yang kami tau. Selain boleh membaca apa yang saya telah taipkan, kalau nak call pun boleh.. 0127437779, kalau nak email pun boleh.. shafie.accurate.travel@gmail.com.. sama sama kita berkongsi apa yang kita tahu.. orang kata, kalau kita ada duit seringgit, dan kita kongsi ngan orang lain, bahagian kita mengecil.. tapi kalau ilmu, kita ada satu ilmu, dan kita kongsi ngan orang lain, bahagian kita tak mengecil atau mengurang pun.. dan orang yang dapat ilmu tu, pun dapat apa yang kita ada... adios.. 




Saturday, 23 May 2015

Melancong ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 6)

Sambungan [bahagian 5]
Ok sambung balik cerita misteri masa kami naik boat dari seberang.. Actually masa kami sampai penambang tu, kami nampak ramai orang yang berjalan ke arah penambang, membawa beg plastik yang berisi kotak.. dari gerak geri mereka nie, kotak tu nampak macam berat la jugak.. Bukan sorang dua yang bawak benda yang sama, tapi ramai.. 

Atas rasa ingin tahu kami, saya bertanya pada seorang yang berniaga di kawasan penambang tersebut.. berikut adalah perbualan antara saya dan Maimunah (bukan nama sebenar)

Saya : Nak tanya sikit boleh tanya saya sambil membelek belek jualan Maimunah.. 
Maimunah : Ya encik, nak beli apa.. dengan slang Sarawak dia menjawab
Saya : Saya tengok ramai orang awak kotak dari arah sana tu, diaorang bawak apa ekk .. saya bertanya lagi, dengan menggunakan bahasa Johor, konon nak tunjuk yang kita ni pelancong Johor la.. hehe
Maimunah : Ha.. kalau encik nak tahu, encik kena jalan ke arah sana, dan belakang kedai tu ada satu lagi kedai.. kat sana encik boleh beli kek lapis Dayang Salhah... sambil dia memuncungkan bibirnya menunjukkan kepada kami satu arah ..
Saya : O ok .. terima kasih ya.. 

Oooo baru saya tahu.. yang diaorang nie bawak berkotak kotak tu rupanya, kek lapis.. tapi iye ke, sampai berkotak macam tu.. besar sangat ke kek lapisnya.. hehe

Kami sekeluarga pun berjalan mengikut arah yang ditunjukan tadi..selepas melalui lorong kecil antara rumah rumah dan kedai, kami pun menjumpai tempat yang memang kami ingin tuju tadi.. Kedai Kek Lapis dayang Salhah.. Nampak biasa je kedainya.. tapi ramai gila orang yang datang.. 

Kat sini memang ada pelbagai jenis kek lapis la.. cakap je kek lapis perisa apa.. dari perisa yang biasa kita boleh dapati di Tesco berhampiran rumah anda, hinggalah perisa yang memang tak pernah terfikir pun selama nie.. Antara perisanya adalah, coletat, pandan, cengkih, milo, tradisional, dan macam macam la.. sebelum beli tu, kita boleh rasa dulu la.. dia ada sediakan bekas kek lapis yang diaorang dah potong kecik kecik untuk kita rasa dulu.. 

Pegi sini memang satu kesilapan besar bagi saya.. apa taknya.. wife saya dan saya sendiri rambang tekak dibuatnya.. semua kek yang kami rasa memang sedap rasanya.. penghabisnya.. semua jenis la kami beli.. hahaha.. hampeh betul orang yang buat resepi kek lapis nie.. Kalau beli banyak siap diaorang bagi diskaun lagi tau.. hehe.. 

Penyudanya, kami dah macam orang yang kami nampak sebelum nie.. bawak beg plastic berisi kotak penuh dengan kek lapis Dayang Salhah... 

Selepas bershopping kek lapis, kami terus balik ke hotel menaiki perkhidmatan boat yang telah disediakan.. dalam boat tu, ramai la jugak mereka mereka yang seperangai dengan kami.. kesian pakcik boat tu, sepatutnya boat tu boleh muat dalam 12 orang, tapi dek semua orang bawak extra luggage, cuma boleh muat 6 orang je la... emmm.. nanti lain kali kalau datang sini lagi, mungkin diaorang dah naikkan harga tambang boat nie.. hehe