Sunday, 28 December 2014

Melancong Ke Desaru : Teratak Penawar

Salam.. kali nie saya nak bercerita tentang salah satu lagi tarikan pelancong yang mungkin sesuai dikunjungi oleh mereka yang gemarkan suasana desa, kehijauan dan kedamaian. Namanya adalah Teratak Penawar. Actually Teratak Penawar nie terletak di kawasan yang sama dengan Bujang Firefly. Cumanya, Teratak Penawar nie berada di laluan jalan masuk ke Bujang Firefly. Senang kata, kalau kita pegi Bujang Firefly nie, kita akan jumpa Teratak Penawar ni dulu.. so, kiranya mmg dekat sangat dengan jalan masuk ke Bujang Firefly. 

Sebenarnya, kat sini, ada beberapa tarikan yang kita mungkin boleh terokai. Antaranya adalah;

1. Projek tanaman Rock Melon menggunakan sistem automatik
2. Tempat penginapan ala ala homestay
3. Bilik meeting
4. Bilik seminar
5. Aktiviti riadah 

Semasa kami datang, kebetulan masa tu tengah musim menuai.. so dapat la kami melihat bagaimana buah rock mellon nie dituai.. Setiap pokok hanya dibenarkan untuk menghasilkan antara 4 hingga 8 biji buah sahaja dalam satu satu musim. Sebabnya adalah bagi menjaga kualiti buah yang dihasilkan nanti. Actually, setiap pokok boleh berbuah lebih dari 8 biji dalam satu satu musim. Tapi bila dah terlalu banyak buah yang dihasilkan, jumlah reject yang dihasilkan juga biasanya tinggi. So, bagi mengelakan membuang masa dengan melayan buah 3rd grade ni, biasanya diaorang akan control pengeluaran. 

Sebiji rock melon beratnya antara 750 gram hingga 1 kg. Bagi diaorang, tengok saiz buah je, diaorang dah tahu berapa berat buah tersebut. Selain tu, untuk mengetahui jumlah berat sebiji rock mellon tu dengan hanya menggunakan visual dertimination, mereka juga mengira jumlah hari sejak 1st day pokok itu berbuah.. (lupa nak tanya berapa lama, baru buah tu boleh dipetik.. hehe.. )


Taman Fertigasi
Harga pasaran sebiji buah rock melon nie adalah antara RM7.5 hingga RM12 mengikut berat dan gradenya. 


Ada Gazebo untuk rehat rehat
Bagi penggemar rock melon, kat sebelah pintu masuk kawasan ini, ada terdapat tempat jualan buah buahan ini.. harganya mmg lagi murah compare dengan kat luar. Tapi second grade la.. iye la kan, bagi saya, sama je.. tapi bagi diaorang, ada 1st 2nd dan 3rd grade. Kitaorang sempat jugak beli beberapa biji.. rasanya sama sedap macam beli kat pasaraya Jusco.. hehe 

Berikut adalah beberapa photo yang sempat saya snap semasa jalan jalan area sini
Pemandangan dari pintu masuk

Selain itu, kalau nak stay sini pun boleh. Makan, tempat tido semua mmg best best.. 

Untuk tempahan, harga dan lain lain informasi lanjut, sila hubungi +60127437779 atau email ke inquiry.accurate.travel@gmail.com

Next entry, saya akan bawa anda semua bermandi manda di pantai desaru dan beberapa pantai yang lain..