Sunday, 28 June 2015

Tempat Makan Paling Best Di JB

Kalau nak cerita pasal makan nie, aku jenis yang suka makan makanan yang aku tak pernah makan sebelum ini. Dulu masa zaman kanak-kanak, nak dijadikan cerita, masa tu aku tak tau nak minum apa, aku pun cuba buat kopi O campur majerin.. Rasanya .. perghhhhhhhhhhhhh memang tak sedap.. hehehe.. 

Ada satu lagi kejadian, masa tu sekolah menengah. Kalau tak silap aku, masa tu ada kem motivasi untuk pelajar bermasalah.. (termasuklah aku.. ).. masa tu brader kantin beri kami setin biskut. Biskut yang 4 segi tu.. Kalau kat kampung, kami panggil biskut tu, biskut tawar nipis... Semua member-member aku cicah biskut tu pada air kopi, aku pulak amik kicap dan aku campurkan dengan air biasa, dan masukan dalam gelas.. aku cicah biskut dengan kicap... huhahahaha.. gila kan aku nie.. 

Sebenarnya bukan gila pun, aku cuma rasa bosan kalau makan benda yang sama hari hari.. aku nak cuba sesuatu yang baru.. Tapi aku ada makanan kegemaran jugak. Contohnya sayur lemak labu dimakan bersama telur goreng berbawang dan nasi panas agak lembik.. perghhh sedap wooo....

Ok la.. aku sebenarnya nak cerita pasal tempat makan menarik yang aku pernah makan kat JB nie.. Kali ini aku cuma nak cerita pasal sarapan je ok. Sebab kalau aku tulis semua dari sarapan sampai makan malam, nanti aku tak ada apa nak di post pada entry akan datang pulak... 

Ok. Kat JB nie ada banyak tempat sarapan yang sedap-sedap. Sedap yang aku maksudkan adalah sedap mengikut selera tekak aku dan masa aku makan tu, ramai orang.. so kiranya aku iktiraf dan orang lain pun iktiraf tempat makan tu la kan... 

1. Kacang Pool - Plaza Larkin
2. Murtabak / Roti canai - Plaza Larkin / Restoren PG, Pasir Gudang
3. Mee Hoon Goreng - Gerai Kebayan, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
4. Lontong - Gerai Kebayan, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
5. Soto - Restoren Mat Misai, Larkin
6. Nasi Lemak - Kg Pasir Putih, Pasir Gudang
7. Mee Udang - Kg Tg Langsat, Pasir Gudang
8. Mee Goreng - D Rasa, Desa Cemerlang, Ulu Tiram
9. Roti Bakar - Chamek Bandar Baru Uda, JB
10. Mee Rebus - Mee Rebus Haji Wahid, Angsana

Saturday, 20 June 2015

Melancong Ke Melaka Bandaraya Bersejarah : Setiap Kunjungan Memberikan Pengalaman Yang Pastinya Unik

Salam. 

Dah lama juga rasanya tak post something kat sini.. Actually banyak yang nak dipost.. cuma masa sangat sangat tidak mengizinkan.. Kadang kadang jadi pencuri juga.. pencuri masa.. sebab nak penuhi apa yang kita dah janjikan.. 

Ok.. tak nak buang masa banyak banyak.. dah katanya masa sangat sangat tidak mengizinkan.. so kena la cepat cepat kan.. 

Cuti sekolah yang lepas nie.. May 30, sampai June 14, saya sempat mengikuti beberapa trip. Antaranya adalah ke Melaka. Bersama sama dengan Ustaz Izi, Ustaz Din dan para pelajarnya. Just a short trip. 2H1M. 

Sebenarnya, saya dah banyak kali ke Melaka, atas urusan kerja, juga jalan jalan dengan famili. Kalau nak ikutkan, 2H1M ke Melaka nie memang masa yang sangat pendek.. Memang betul betul rushing.. Tapi, dah namanya bawak anak murid, macam macam keletah mereka nie.. so, ada jugak tempat tempat yang tak dapat nak cover bebetul. Kalau ikutkan schedule, berikut adalah tempat yang kami akan lawati;

1. Mesjdi Tengkera
2. Menara Taming Sari
3. Muzium Samudera
4. Muzium Islam Melaka
5. Bukit St Paul
6. Melaka River Cruise
7. Muzium Kapal Selam
8. Komples Falak Al - Khwarizmi 
9. Zoo Melaka

Atas sebab sebab tertentu, Muzium Islam Melaka dan Bukit St Paul tidak dapat kami kumjungi.. dalam hati memang terasa ralat jugak, tapi perancangan kita apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan perancangan oleh Yang Maha Sempurna.. 

Kami bertolak pada 7 June 2015 kira kira jam 730 am. Group trip kali ini telah menunggu kami di Mesjid Taman Impian Emas, Skudai.. bila saya sampai je, masing masing muka memang ceria sakan.. mana taknya.. nak jalan jalan kan.. 

Perjalanan kami tergendala sedikit pagi tersebut kerana beberapa dokumen yang diperlukan tidak dapat di perolehi sebelum masa perjalanan. Tapi, semua tu allhamdulillah kami dapat atasi dengan jayanya.. 




Perjalanan dari JB ke Melaka mengambil masa kira kira 3 jam macam tu.. Kalau naik kereta rasanya boleh cepat lagi tu.. iye la kan.. kami bukan nak pergi meeting pun kan.. kan nak pergi berhibur dalam masa yang sama belajar sesuatu daripadanya.. 

Sampai di Melaka, kami terus ke destinasi pertama yang kami telah plan sejak awal lagi, iaitu Mesjid Tengkera.. Mesjid Tengkera nie adalah antara mesjid awal yang didirikan di Melaka.. kalau kita amati dengan teliti, banyak ciri ciri binaannya mirip kepada tokong cina, tapi, ianya adalah disebabkan pengaruh senibina China pada zaman tersebut. 

Apa yang saya tahu, mesjid ini tidak pernah di naiktaraf dan binaannya adalah binaan yang asli semasa ia dibina.. Ukiran kayu, tiang seri, kolam tempat mengambil wuduk adalah beberapa tarikan yang terdapat di mesjid ini.


Selepas solah di Mesjid Tengkera, kami menuju ke Bandar Hilir (Banda Hilir) yang terletak tidak jauh dari Mesjid Tengkera. Sebenarnya, semasa selepas tamat persekolahan dulu, saya pernah tinggal di Melaka. So, selok belok Bandar Melaka, Tengkera, Kota Laksamana, dan Bandar Hilir memang sudah menjadi mainan perjalanan saya setiap hari.. 


Kalau dulu, dari Bandar Hilir ke Bandar Melaka, saya jalan kaki. Masa tu mengambil masa dalam 20 minit macam tu.. Kenapa masa tu? Masa sekarang jalan dah berubah ke? So sebab tu ada perbezaan masa perjalanan?? Jalan berubah, fizikal saya pun tak seaktif dulu sebenarnya.. so, kalau dulu ambil masa 20 minit, sekarang takut tak sampai je.. hehehe

Back to the story, selepas mereka makan tengahari, kami terus ke Menara Taming Sari. Menara ni antara tempat yang wajib dilawati bila datang Melaka.. Sebabnya, kita boleh melihat panorama sekitar Bandar Hilir, Bandar Melaka dan Selat Melaka.. Dari ketinggian 80 meter dari aras laut.. kalau yang tak biasa dengan tinggian memang rasa kejung la jugak naik benda ala nie.. hehe..dengar ceritanya, ada jugak yang terkencing masa naik Menara Taming Sari nie.. Menurut cerita la.. tak tau sohih atau tak.. 



Sementara diaorang menaiki Menara Taming Sari, saya melangkah ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak betul betul dihadapan Menara Taming Sari ni.. Kalau ke Melaka, tak pekena asam pedas, memang tak sah.. 

Kat Melaka nie memang terkenal dengan makanan asam pedas.. asam pedas ikan pari, ikan kembung, dan kalau bertuah pada hari tersebut, ada telur ikan.. pergh.. memang sedap la.. 

Kat Melaka nie, ada beberapa tempat yang  menjual asam pedas yang popular. Antaranya adalah Asam Pedas Selera Kampung nie, Asam Pedas Hjh Mona dan Asam Pedas Power.. kalau ke Melaka, boleh la google tempat nie.. saya memang rekomen.. terbaik beb. Tak nak cerita la saya makan apa kat restoran tu, kang ada yang kecur pulak.. so demi menjaga sesnitiviti sesetengah orang yang mudah kecur, saya tak ceritakan apa yang saya makan..haha




Next point adalah ke Muzium Kapal.. Dari Menara Taming Sari ke Muzium Kapal lebih kurang 4 minit dengan berjalan kaki.. jalan kaki lagi senang sebenarnya dari naik kereta kalau nak kesini.. biasa la kan.. tempat tempat macam nie, memang susah nak cari parking. Ditambah pulak, kat Melaka nie, kebanyakannya jalan semua sehala.. 


Actually mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya.. Ada tiga muzium kat area sini.. pertama Muzium Kapal, Muzium Samudera dan Muzium TLDM.. ketiga tiga muzium nie hanya menggunakan tiket yang sama.. 3in1. Sebab ramai yang tak tahu, so ramai yang beli tiket di Muzium Kapal dan tak masuk pun Muzium Samudera dan Muzium TLDM. So, lepas nie, makesure, kalau dah beli tiket kat Muzium Kapal, masuk sekali la ke muzium yang lagi dua tu.. 


Muzium Kapal nie, designnya adalah mengikut kapal Partugis Flor de La Mar. Nak tahu sejarah kapal ni? Kena baca balik buku sejarah tingkatan 2.. Sejarah Tanah Melayu.. kalau saya ceritakan kat sini, confirm, semua orang tertido... hihi

Selepas melawat ketiga tiga muzium nie, kami sepetutnya melawat Muzium Islam Melaka dan memanjat Bukit St Paul. tapi sebab masa tidak mengizinkan, kami terus ke Melaka River Cruise. 

Check point Melaka River Cruise pun just kat belakang Muzium Kapal tu je.. Jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai.. 


Apa menarik sangat kat Melaka River Cruise? Naik boat ramai ramai, menyusuri Sungai Melaka.. kiranya kita akan menyusuri sungai tersebut dari hulu hingga ke hilirnya dan patah balik ke hulu.. Dahulunya, muara sungai nie merupakan pelabuhan yang amat penting. Kalau tak penting, takkan kuasa luar macam Portugis sibuk nak menjajah Melaka pada ketika itu kan..Even sampai sekarang pun, Selat Melaka masih lagi menjadi selat tersibuk bagi laluan kapal kapal dagang yang hendak ke bahagian timur.. melalui Port Klang, Tg Pelepas, Port Singapore, Tg Langsat terus ke Port Kuantan atau ke Labuan dan sebagainya.. 

Dulu, Jeti Shahbandar nie adahal jeti yang sibuk, macam dalam filem melayu zaman dahulu. Sekarang, kawasan sekitar jeti telah dibangunkan dijadikan muzium, hotel dan pusat perniagaan.. 


Walaupun tak sehebat menyusuri sungai di Itali, tapi, kepuasan pasti terasa apabila mengikuti cruise ini dari hulu ke hilir dan ke hulu semula.. Dari river cruise, kami ke tempat penginapan kami di Pengkalan Balak.. Kami telah menyewa 3 buah homestay di situ.. So far so good.. Homestay is homestay, tak boleh nak bandingkan dengan hotel 3 atau 5 bintang... compare dengan homestay yang lain, so far so good.. 

Menariknya di homestay nie, ada sebuah perigi, so sapa sapa yang tak pernah mandi perigi, boleh la try.. 

0000 malam.. semua orang tidur untuk menyimpan tenaga bagi program esok pulak... 

Sunday, 24 May 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 7)

Dari [bahagian 6]


Semalam seharian kami berjalan.. kalau tak silap, lepas makan malam, terus kami terlelap.. semua kepenatan.. hari ni adalah hari terkahir kami di Kuching.. Flight balik kami ke Senai adalah jam 950pm. So kami kena ada kat airport 1 jam sebelum tu.. 

Ok, hari mau kemana... saya bagi tau tourist guide supaya menjemput kami pada jam 10am.. Pagi tu kami layan anak anak yang suka mandi kolam.. bagi diaorang penat sikit.. hehe.. dan lepas mandi kolam, kami pun tunggu di lobi hotel sementara menunggu tourist guide kami sampai.. 

Planning kami hari nie, pagi nak melawat Muzium Islam Sarawak, Muzium Kucing, dan pusing pusing area Kuching je.. semalam hantar baju kat dobi, kalau hari ni lupa nak ambil, jadi satu kali keja pulak nak kena datang balik haha.. so, baju di dobi jangan dilupa...

Destinasi pertama kami adalah Muzium Islam Sarawak. Lokasinya adalah di Jalan P Ramlee, Kuching Sarawak.. Actually muzium ini dulunya adalah sebuah sebuah sekolah agama atau pun madrasah. Kat sini, dibahagikan kepada beberapa section. Kalau ikut apa yang saya nampak, section disini dibahagikan mengikut sejarah perkembangan islam, terutmanya di Sarawak.. Dari zaman dahulu, hinggalah sekarang.. bila masuk muzium nie, actually banyak membuka kejahilan kita.. sebabnya, banyak benda yang kita tak tahu, kita akan dapat tahu bila datang muzium nie.. 

Selain tu.. kalau datang muzium nie, bagus untuk pengetahuan kita dan anak anak.. ajar mereka mengenai sejarah.. biar diaorang tak lupa asal usul.. 

Terasa jugak haus bila jalan jalan dalam muzium nie. Lagi pulak, anak yang kecik nie, kadang kadang lenguh kakinya, dan dia mintak dukung.. nasib baik ibunya tak lenguh kaki.. hihi. Kalau pihak muzium dapat sedaiakan vending machine kat area muzium memang bagus la.. memang la vending machine tu suatu yang moden, tapi untuk keselesaan pengunjung apa salahnya ye tak.. 

Saya berusia 36 tahun 8 bulan masa menulis artikel nie.. nak kata tua la tua sangat.. nak kata muda jauh sekali... tapi, saya nak sarankan ibubapa yang sebaya saya, supaya bawak anak anak jalan jalan ke muzium atau tempat tempat sejarah yang ada kat Malaysia nie.. sayang jadi generasi pada hari, sebab kurang pengetahuan sejarah.. kalau tak banyak, sikit pun ok jugak kan.. 

Masa kami di muzium tu, cuma kami sekeluarga je yang ada. Walaupun pihak muzium tak kenakan apa apa bayaran untuk masuk kisini. Haah PERCUMA.. Jom ramai ramai kita ke muzium.. ok tak?

Selepas 2 jam kami di Muzium Islam Sarawak, destinasi kami seterusnya adalah Muzium Kuching.Actually Muzium Kucing nie terletak sama bangunan Dewan Bandaraya Kuching.. DBKU. Lokasi? Kat Bukit Siol.. haah memang namanya Bukit Siol.. Kalau orang Johor kan selalu sebut siol, siot dan yang seumpamanya.. rupanya perkataan tu berasal dari SARAWAK.. ekkk

Bangunan DBKU nie actually besar jugak.. Beberapa tingkat la jugak.. menempatkan pusat pentadbiran pihak berkuasa tempatan Kuching, ada dewan dan muzium ni sendiri.. Kebetulan masa kami berkunjung ke muzium nie, dewan yang saya bagi tau tadi digunakan oleh orang lain.. percaya atau tak, kumpulan HyperX pun ada masa tu.. anak saya yang no 2 perasan penyanyi kumpulan tu, Roni sedang besembang di tangga.. tapi tak kan kitaorang nak acah acah jakun pulak kan.. so kami buat bodo je la.. huhu

Dalam muzium nie, segalanya tentang kucing.. dari A sampai Z.. ada kedai menjual cenderahati yang berbentuk kucing, ada pameran kucing, ada sejarah kucing, ada koleksi peribadi berbentuk kucing dan macam macam ada kat sini.. Kalau datang sini, anak anak memang suka la.. apa taknya, mereka dapat melihat pelbagai spesis kucing yang ada kat sini.. selain tu ada interactive game, pun berkaitan dengan kucing jugak... 

Pemandangan dari atas Bukit Siol memang memukau.. memang cantik.. tapi sebab camera yang kami gunakan just menggunakan hp je, so gambarnya blur blur la sikit .. mintak ampun ya.. 

Setelah penat mengunjungi dua muzium nie, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit terutama sekali baju di dobi.. hehe.. 

Lepas lunch di Hot Spot Food Court, kami ke dobi untuk mengambil baju yang semalam kami hantar.. Agak susah jugak sebenarnya untuk mendapatkan khidmat dobi di kawasan Kuching nie.. mungkin sebab ianya merupakan bandar besar yang kurang penduduk yang stay di kawasan ini atau kami yang tak jumpa dobi berhampiran. Penyudahnya, kami terpaksa menghantar dobi agak jauh dari tempat menginap. 

Kami checkout awak lewat, Lebih kurang jam 5 petang macam tu.. kalau checkout awal sangat pun tak best jugak, nanti kena mengangkut beg yang berat berat tu pulak kan.. dan selepas semuanya selesai, kami bergegas ke Kuching International Airports. Kira awal jugak la sampai airport. Tak apa la, dari tertinggal flight, lagi naya nanti... 

Sementara menunggu flight, kami sempat makan mengisi perut kami anak beranak dan solat maghrib di airport. 

Emm tu je kot nak tulis.. kalau ada sesapa nak g Kuching, kami sedia berkongsi apa yang kami tau. Selain boleh membaca apa yang saya telah taipkan, kalau nak call pun boleh.. 0127437779, kalau nak email pun boleh.. shafie.accurate.travel@gmail.com.. sama sama kita berkongsi apa yang kita tahu.. orang kata, kalau kita ada duit seringgit, dan kita kongsi ngan orang lain, bahagian kita mengecil.. tapi kalau ilmu, kita ada satu ilmu, dan kita kongsi ngan orang lain, bahagian kita tak mengecil atau mengurang pun.. dan orang yang dapat ilmu tu, pun dapat apa yang kita ada... adios.. 




Saturday, 23 May 2015

Melancong ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 6)

Sambungan [bahagian 5]
Ok sambung balik cerita misteri masa kami naik boat dari seberang.. Actually masa kami sampai penambang tu, kami nampak ramai orang yang berjalan ke arah penambang, membawa beg plastik yang berisi kotak.. dari gerak geri mereka nie, kotak tu nampak macam berat la jugak.. Bukan sorang dua yang bawak benda yang sama, tapi ramai.. 

Atas rasa ingin tahu kami, saya bertanya pada seorang yang berniaga di kawasan penambang tersebut.. berikut adalah perbualan antara saya dan Maimunah (bukan nama sebenar)

Saya : Nak tanya sikit boleh tanya saya sambil membelek belek jualan Maimunah.. 
Maimunah : Ya encik, nak beli apa.. dengan slang Sarawak dia menjawab
Saya : Saya tengok ramai orang awak kotak dari arah sana tu, diaorang bawak apa ekk .. saya bertanya lagi, dengan menggunakan bahasa Johor, konon nak tunjuk yang kita ni pelancong Johor la.. hehe
Maimunah : Ha.. kalau encik nak tahu, encik kena jalan ke arah sana, dan belakang kedai tu ada satu lagi kedai.. kat sana encik boleh beli kek lapis Dayang Salhah... sambil dia memuncungkan bibirnya menunjukkan kepada kami satu arah ..
Saya : O ok .. terima kasih ya.. 

Oooo baru saya tahu.. yang diaorang nie bawak berkotak kotak tu rupanya, kek lapis.. tapi iye ke, sampai berkotak macam tu.. besar sangat ke kek lapisnya.. hehe

Kami sekeluarga pun berjalan mengikut arah yang ditunjukan tadi..selepas melalui lorong kecil antara rumah rumah dan kedai, kami pun menjumpai tempat yang memang kami ingin tuju tadi.. Kedai Kek Lapis dayang Salhah.. Nampak biasa je kedainya.. tapi ramai gila orang yang datang.. 

Kat sini memang ada pelbagai jenis kek lapis la.. cakap je kek lapis perisa apa.. dari perisa yang biasa kita boleh dapati di Tesco berhampiran rumah anda, hinggalah perisa yang memang tak pernah terfikir pun selama nie.. Antara perisanya adalah, coletat, pandan, cengkih, milo, tradisional, dan macam macam la.. sebelum beli tu, kita boleh rasa dulu la.. dia ada sediakan bekas kek lapis yang diaorang dah potong kecik kecik untuk kita rasa dulu.. 

Pegi sini memang satu kesilapan besar bagi saya.. apa taknya.. wife saya dan saya sendiri rambang tekak dibuatnya.. semua kek yang kami rasa memang sedap rasanya.. penghabisnya.. semua jenis la kami beli.. hahaha.. hampeh betul orang yang buat resepi kek lapis nie.. Kalau beli banyak siap diaorang bagi diskaun lagi tau.. hehe.. 

Penyudanya, kami dah macam orang yang kami nampak sebelum nie.. bawak beg plastic berisi kotak penuh dengan kek lapis Dayang Salhah... 

Selepas bershopping kek lapis, kami terus balik ke hotel menaiki perkhidmatan boat yang telah disediakan.. dalam boat tu, ramai la jugak mereka mereka yang seperangai dengan kami.. kesian pakcik boat tu, sepatutnya boat tu boleh muat dalam 12 orang, tapi dek semua orang bawak extra luggage, cuma boleh muat 6 orang je la... emmm.. nanti lain kali kalau datang sini lagi, mungkin diaorang dah naikkan harga tambang boat nie.. hehe


Monday, 18 May 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 5)

Sambungan dari [bahagian 4]

Petang tu, saya cakap dengan driver, tak perlu ambil malam nie, sebab tak larat.. haha.. biasa la kan.. masalah orang yang bersaiz xxl nie.. sakit lutut la, sakit tapak kaki la.. so, bila siang jalan lebih sikit, mula la semua sendi sendi sakit... rasanya kalau berjalan lagi malam nie, confirm, esok pagi kena cari tukang urut berdaftar untuk urut kaki kitaorang nie.. 

Time macam nie, kalau dalam bidang pelancongan, dipanggil Free and easy.. atau dalam bahasa minang, di panggil acara bebas.. hehe.. tujuannya nak bagi pelancong rileks.. dan santai.. kalau ikut pengalaman saya la kan, kalau ibu bapa yang bawak anak anak jalan, selalunya mereka tak abiskan ikut schedule. Kalau yang muda muda nie, ngan yang jalan tak bawak anak, memang tak larat driver dan tourist guide dibuatnya.. ada sekali dulu, tak ingat masa melancong kemana, tourist guide tu sampai terlelap lelap dibuatnya, melayankan kerenah tourist..


Malam tu lepas mandi, kami pergi ke tempat makan. Kalau ikut suggestion dari member member yang dah pernah sampai ke Kuching nie, ada dua tempat yang agak popular la.. pertama adalah RJ Ayam Penyet & Kopitiam dan yang kedua, Top Spot Food Court..

Actually, ada banyak tempat makan kat sini, just pilih je.. yang penting, kalau kita g tempat orang, kita kena rasa makanan tempatan.. baru la Sarawak katanya kan.. 

Kat RJ nie, masakan yang orang selalu order adalah ayam penyet biasa dan ikan penyet.. apa yang best kat sini, kepantasan mereka menghantar menu yang kita order.. rasanya duduk tak sampai 5 minit, makanan dah sampai, walaupun masa tu orang memang penuh la.. dah nama pun tempat popular.. hehe


Kat Sarawak, kalau kita perhatikan, diaorang kalau buat sup, colornya hitam!!! haah memang betul pun.. colornya hitam.. kalau ikut rasa, diaorang campurkan dengan sos soya (kicap soya) bagi colornya jadi macam tu.. tapi, lom sempat tanya lagi ngan makcik yang masak sup tu.. kot kebetulan masa dia masak tu hangus ke kan, sekali kita pulak gatal mulut tanya, apasal sup color hitam, mau hitam pipi dek kena pelempang ngan belakang periuk.. hahaha

Makanan kat MJ ni saya bagi 4* kejora.. daripada 5 bintang... kalau datang Kuching, boleh datang sini.. kalau jalan kaki dari Grand Margherita nie lebih kurang 45 minit macam tu la.. mungkin kalau tak sakit kaki, 2 minit dah sampai hahahaha.. punya la ekk 

Sebab diaorang antar makan cepat sangat dan kami nampak beberapa orang yang sedang menunggu nak duduk, kami pun cepat cepat chau dari situ.. bagi laluan pada orang yang dah lapar.. kita yang dah kenyang nie kira settle la.. 

Dalam perjalanan balik tu, ada beberapa arca berbentuk tulisan LOVE.. so, sapa sapa nak letak mangga, dan kuncikan kat arca tu sangat digalakkan.. tapi tak tau ekk mana nak beli mangga.. mungkin masa kami lalu tu waktu malam kan, so tak ada la kedai jual mangga yang bukak... kalau siang, mungkin ramai kot yang jual mangga.. atau mangga kena bawak sendiri dari Johor. Sori, kurang pasti.. dan sebab susah nak cari mangga, so tak ramai la yang letak mangga kat perkataan tu.. hehe



Ni cadangan je la.. kalau kat sebelum perkataan tu ada satu stall yang menjual pelbagai bentuk mangga, ianya suatu perniagaan yang mempunyai prospek yang menguntungkan.. ekk..

(Saya nak salahkan orang MJ yang bagi makanan tu cepat sekali lagi). Sebab diaorang bagi makanan cepat sangat, kami pun mempunyai masa yang agak panjang lagi untuk jalan jalan.. dan kami pun ambil keputusan untuk menyeberang Sungai Sarawak. Beberapa hari ni, just nampak ada dua tempat makan kat seberang sungai, tapi tak tau apa apa kat sana sebenarnya.. 

So, untuk menyeberang, kita diberi dua pilihan.. pertama kita boleh berenang menyeberangi sungai tersebut dan yang kedua, ada perkhidmatan sampan / boat yang kita boleh gunakan.. biasanya pilihan pertama tu yang ada yang nak guna pun.. (acah acah best la tu... hehe). Perkhidmatan penambang (kalau ikut orang Pagoh) yang terdapat di sini beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam. Tapi pakcik boat /boatman tu cakap, selagi ada pelangga, dia sedia berkhidmat.. Tambangnya pun murah je.. memang mampu la semua rakyat Malaysia.. dan GST FREE ok.. 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 minit macam tu.. kejap je.. lom sempat menguap dah sampai.. Orang yang paling suka bila naik boat penambang nie adalah anak anak la.. iye la kan.. mereka mana la pernah naik boat macam nie.. (bukan je anak anak tak pernah naik, maknya pun sama huhu) 



Dari jauh memang nampak meriah kat seberang sana tu.. bila sampai jeti, nampak masing masing menjinjing kotak.. besar besar tu kotaknya.. apa yang diaorang bawak? Misteri nie.. sebab ramai sangat yang bawak kotak yang seumpamanya... 

Jom kita siasat pada posting yang akan datang.. hehehe.. sabar.. 

ke [bahagian 6]

Friday, 8 May 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 4)

Sambungan dari [bahagian 3]

Pengalaman bawak masuk kedalam hutan, walaupun tak sejauh mana memang memberikan satu pengalaman yang baru kepada anak anak. Selama nie memang diaorang tak pernah masuk kebun, jauh sekali kedalam hutan.. so dapat la mereka gigitan nyamuk, dengar bunyi cenkerik, burung dan lain lain.. 

Bila datang ke Semenggoh Wildlife nie, tujuan utamanya adalah nak tengok orang utan secara life.. Perjalanan dari tempat berkumpul ke tempat orang utan makan nie, mengambil masa lebih kurang 10 minit. Berpeluh peluh jugak la kan.. kena pulak masa tu panas terik.. Bila dah berpeluh tu, mula la mengeluarkan haruman yang pelbagai.. pada masa lawatan kami, terdapat jugak group lain yang join.. so saya anggarkan dalam 50 orang yang sama sama jakun nak tengok orang utan.. 

Bila sampai di tempat yang dijanjikan tu, rupa rupanya kat dalam tu ada tempat umpama stage. So, kitaorang duduk di bahagian penonton dan menunggu ranger memangil orang utan datang untuk makan.. lama jugak diaorang panggil.. dan kami diarahkan untuk senyap, takut takut orang utan tak nak datang pulak nanti bila dengar orang bising bising. 

Dalam 20 minit lepas gang gang ranjer yang berpengalaman nie memanggil orang utan ni, ada seekor orang utan yang datang.. dan diikuti oleh dua ekor orang utan yang lain.. dari arah yang berlainan.. 


Hari tu, memang kami bebetul bertuah sebab dapat melihat secara life orang utan nie makan. Memang sangat menujakan.. 

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan.. just to share keseronokan semasa di Semenggoh Wildlife. 


Setelah puas melihat orang utan beraksi, kami bersama sama tourist guide, beredar. 

Destinasi kami seterusnya adalah balik hotel.. hehe.. sepatutnya kami menaiki river cruise. Sebab masing masing kepenatan, kami mengambil keputusan untuk balik kehotel. Acara malam ini adalah just makan makan je..

ke [bahagian 5]

Monday, 20 April 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 2)

Sambung dari [bahagian 1]

Ada yang tanya saya, apa maksud Apa Cerita Kat Sinun.. Actually, ayat tu bermaksud, apa cerita kat sana.. dah pergi tempat orang, kena la faham sedikit sebanyak cakap orang sana... kan... baru la namanya orang Sarawak.. 

Lepas kami check in kat hotel, kami pegi jalan jalan kat area bandar Kuching.. Actually, tak ada dalam program pun.. kalau tak ada dalam program, kita panggil free and easy.. ok.. so kami pegi makan KFC je.. dan pegi ambil gambar di tugu kucing yang terdapat bebetul dihadapan hotel penginapan. 

Rasanya kalau dah datang Bandar Kuching nie, kalau tak bergambar kat tugu nie memang tak sah rasanya.. semasa kami ambil gambar, ramai jugak pelancong lain yang join kami ambil gambar.. 

Kami bertuah sebab memilih hotel ni. Sebabnya, boleh dikatakan ianya berada ditengah tengah bandar Kuching. So kalau nak jalan jalan pun dekat la.. Hotel ni jugak terdapat direct assess ke shopping mall dan waterfront.. memang happening area sini.. bagi sesetangah kawasan di waterfront nie, diaorang tak buka 24jam.. kalau yang berhampiran dengan hotel, jam 3 pagi dah tutup.. tapi kalau bahagian lain, dibuka 24jam.. kalau nak jalan jalan area sini, sambil menghirup udara segar, bercampur bau hanyir air sungai, memang sesuai sangat la... angin pun tak kuat sangat... emmmm sejukkk

Layankan anak anak main kat play ground, diam tak diam.. dah jam 1 pagi..

tido dulu ya..

Ke [Bahagian 3]


Thursday, 16 April 2015

Melancong Ke Kuching Sarawak : Apa Cerita Kat Sinun (Bhgn 1)

Mercu tanda Kuching, Sarawak
 Pengalaman melawat tempat orang especially tempat yang first time kita lawati memang menjanjikan sesuatu yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan.. Orang kata, kat Malaysia nie, semua ada.. cakap je nak apa.. hutan, pantai, shopping mall, theme park.. complete.. tak ada alasan kenapa kita perlu ke luar negara... ada alasan? ada jugak la kan.. mungkin kita mencari sesuatu yang sangat unik, hinggakan apa yang kita cari tu tak terdapat di Malaysia... contohnya Disneyland Theme Park.. Ski.. extreme surfing.. dan ada beberapa yang lain.. akan datang ada kot...

Ok.. kali nie, saya nak bawak semua orang jalan jalan ke Pulau Borneo... Sarawak.. Actually, negeri pantai timur.. Sabah dan Sarawak juga dikenali sebagi Borneo.. Selain Sabah dan Sarawak, terdapat dua negara yang sangat hampir malah bsesempadan dengan kedua dua negeri ini.. Satu, Brunei dan yang ke dua Indonesia.. 

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop. 700,000), Miri (pop. 358,000), Sibu (pop. 257,000), Bintulu (pop. 200,000), Sarikei (pop. 56,798), Sri Aman (pop. 64,905) dan Limbang (pop. 40,959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005. (sumber : Wikipedia)

Dah tau kan sedikit sebanyak mengenai Sarawak.. zaman sekarang nie senang je.. nak maklumat apa just taip je kat Google, Wikipedia, Cari dan macam macam sumber yang boleh dipercayai.. tapi sumber vitural ni kadang kadang ada jugak yang mengarut.. pandai pandai la nak pilih ehh..

Ok.. kali nie kami ke Sarawak mengikuti  Pakej 3H2M. Actually kalau jalan jalan 3H2M ni kira short trip la.. kalau nak best 4H3M atau 5H4M.. memang best.. Tapi banyak benda jugak nak kena consider.. antaranya anak anak yang sekolah, balance cuti kerja kita, dan yang paling penting, BUDGET poket kita.. kalau poket kita tebal, boleh la lama sikit.. kalau poket nipis, ala ala kulit bawang, buat ada ada jadi la kan.. hehe... tapi bukan la maksud saya, orang yang jalan 3H2M tu budget nipis.. tak.. atas sebab sebab lain pun ya jugak.. tul tak.. bukan satu sebab je kan...

Lom apa apa lagi bhgn 1 dah dekat 5 minit baca.. penat ehh.. barang baik mmg selalu macam tu.. bagi penat otak baca.. haha..Dulu masa zaman muda muda.. (masa tu age 30 macam tu kot..) ada dapat tiket murah dari Airasia.. pegi Miri, Sarawak satu family.. total RM400 macam tu kot.. kira murah gila la kan.. 2 dewasa, 3 kanak kanak.. Then, disebabkan masa tu, tengah gila kerja, dengan selambanya saya cakap pada orang umah, cancel trip ke Miri.. haha.. kalau time sekarang, mau orang umah antar saya balik kampung umah mak ayah saya.. huhu

Trip 3H2M kali ini adalah ke Kuching, Sarawak. Penerbangan dari Senai International Airports direct ke Kuching International Airports. Kalau nak compare, Airport Senai ngan Airport Kuching nie, kalau dari segi fizikal dan assess coverage, Airport Kuching memang jauh lebih maju dari Airport Senai. tapi pun kena faham dari segi sejarah dan geografi Kuching dan Senai.. ok, nanti baca sikit dalam Wikipedia, kenapa saya cakap macam tu... kalau semua sekali nak bagi tau, tak best sangat la.. tul tak.. 



Kekerapan penerbangan Airasia ke Kuching memang boleh dikatakan banyak jugak la.. Setiap hari minimum 2 penerbangan.. kalau cuti sekolah atau hari hari yang ramai orang cuti, biasanya schedule akan ada perubahan sedikit.. tapi tu bergantung kepada Airasia la.. either dia nak tambah atau kurangkan penerbangan.. setakat saya menulis nie.. ini adalah jumlah kekerapan penerbangan ke Kuching.. Pagi ada malam pun ada.. 

Penerbangan biasanya mengambil masa antara 1jam 10 minit hingga 1 jam 30 minit.. tengok driver yang bawak.. kalau driver muda, biasanya 10 minit awal.. tu yang berdesing telinga tu.. kalau driver veteran, lambat la sikit.. standard la tu kan...

So kami amik flight malam.. kenapa malam..? salah satunya sebab murah.. selain tu.. kan kita terbang, so dekat dengan matahari kan... kalau malam ada matahari? tak ada kan.. so.. sejuk la sikit... hahaha.. lawak lawak...(gurau je... ) 

Dalam bilik hotel... bestttt...
Sampai diKuching, travel agen kami telah menunggu kami di airport, siap dengan tag nama saya sebesar tidak... (sori tak amik gambar brader tu, sebab nak cepat).. Terus kami dihantar ke tempat penginapan di bandar Kuching.. untuk trip kali ini, kami memilih 

Grand Margherita Hotel.. ok.. stop utk first part.. hehe... 


Tuesday, 17 March 2015

Melancong Sehari Ke Singapore : Pakej Tanpa Bayaran

Semua orang tahu yang Singapura / Singapore / SG merupakan sebahagian Malayssia suatu ketika dulu.. Atas sebab sebab tertentu, SIngapore telah keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah negara merdeka sendiri. Sekarang nie, Singapore merupakan salah sebuah negara yang walaupun kecil, tetapi maju dari segi pembanguan materialnya.. Sejak kemerdekaan, ia telah dipimpin oleh Lee Kuan Yu (orang panggil dia sebagai pengasas Singapore moden) seterusnya digantikan oleh Goh Chok Tong dan sekarang nie kembali dipimpin oleh keturunan Lee Kuan Yu iaitu Lee Hsein Loong...

Kalau nak ikutkan sejarah, masa saya kecil dulu, nilai mata wang Singapore nie jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia.. Maka, dulu ramailah orang Malaysia (zaman mak dan ayah saya), berpusu pusu ke sana untuk membelibelah.. Masa tu.. orang Malaysia kalau kesana memang tak sah kalau tak beli Laici dalam tin dan tuala.. haha.. tak tau kenapa.. mungkin masa tu, liaci dalam tin dan tuala sukar nak diperolehi di Malayasia.. hehe. Kedai yang menjual tuala, terletak di Woodland, kalau tak silap saya masih ada sampai ke hari nie..

Ok la.. itu adalah sedikit intro mengenai Singapore. Kalau kita compare dulu dan sekarang, memang jauh berbeza. Malaysia seolah olah ditinggalkan beberapa tahun terkebelakang oleh Singapore. Matawang Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Singapore Dollar. Pada masa saya menulis sekarang, 1SGD = RM2.65.. Emm.. tapi.. itu pun tak menghalang orang dari Malaysia berpusu pusu untuk kesana - melancong.

Menarik sangat ke Singapore nie, sampai ramai orang nak kesana.. memang la kan.. keunikan Singapore memang tak dapat kita sangkal lagi.. dari kewujudan Universial Studio, Birdpark, Singapore Zoo, Night Safari, keunikan makanannya seperti sup tulang merah, nasi ayam lemon, rojak singapore, murtabaknya lagi, dengan beberapa tinggalan sejarah seperti Istana Kg Glam, Chinatown, Little India, Raffles Landing Site menjadikan Singapore sebuah negara yang wajib dilawati terutamanya orang yang tinggal berhampiran dengan Singapore itu sendiri - Johor.

Ada tempat yang kita perlu bayar untuk membolehkan kita memasuki tempat tempat tersebut, dan ada juga tempat tempat yang free je untuk masuk.. so, kita sebagai orang yang suka berjalan, kia boleh buat pilihan sama ada nak masuk tempat yang kena beli tiket, atau just nak jalan jalan makan angin sekitar Singapore tanpa dikenakan bayaran.. tepuk poket belakang, amik dompet, tengok dalam dompet, tanya diri sendiri.. hehe..

Disini saya ingin membawa anda sama sama berjalan ketempat tempat yang free je.. just nak bagi idea pada anda semua ok..

1. Geylang Serai - kalau masuk Singapore, tak sah rasanya kalau tak sarapan kat kedai ni - My Teh Tarik Eating House. Actually dalam kedai nie ada sub sub gerai yang lain.. ada jual bubur, nasi ayam, kuih muih dan air. Tempat nie boleh dikatakan happening la jugak.. sentiasa penuh je orang kat sini.. kalau salah langkah, nak beli air minuman pun kena beratur panjang.. selain itu, kalau nak sarapan, boleh jugak kat pasar Geylang Serai.. kat sini punbanyak kedai makan Melayu yang halal.. senang kata kalau kat sini, macam macam barang keperluan orang Melayu ada dijual.. baju, jubah, songkok, rempah ratus dan macam macam lagi la.. Time dekat raya puasa, tempat ni lagi happening gila.. senang kata time tu, orang Melayu satu Singapore akan tertumpu ke kawasan nie, selain Angsana JB.. haha... sori sis...

Oh ye ekk.. saya cadangkan, kalau anda nak ke Singapore, adalah dinasihatkan supaya ambil perkhidmatan tour di Johor, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit.. tapi banyak bergantung kepada nasib body la.. sebab kalau jalan tak jamm terutamanya di Tambak Johor. Kalau dari Woodland, perjalanan cuma mengambil masa dalam 30minit macam tu la.. Kenapa kita kena ambil perkhidmatan tour dari Johor? Oooo.. banyak sebab.. antaranya, kita tak familiar dengan jalan di Singapore, keduanya kita dah tahu mana kita nak pergi.. otherwise, kita akan abiskan masa seharian kita mencari cari tempat mana yang kita nak pergi.. jelas? Ni salah satu syarikat tour yang menyediakan perkhidmatan Singapore Tour - Accurate Travel Sdn Bhd - No telnya +60127437779

2. Kg Arab - Selepas dah puas makan kat Geylang Serai, minum cendol dan sup tulang merah bagai, destinasi kita seterusnya adalah ke Kg Arab. Kg Arab ni ada jugak orang panggil Arab Street, ada jugak yang panggil Kg Glam..

Disini terletaknya sebuah Mesjid Sultan. Mesjid ni adalah mesjid pertama Singapore.. Bersebelahan dengan mesjid nie, terdapat sebuah istana lama.. kat sini orang panggil Malay Heritage.. Actually bangunan ni adalah bekas Istana Sultan Melayu dulu.. menurut cerita orang local, Pak Mail (bukan nama sebenar. hehehe), dulu ada la beberapa waris yang tinggal kat istana tu.. tapi sebab kebodohan dan ketamakan sesama adik beradik, maka kerajaan Singapore telah mengambil kesempatan dan menghalau secara baik mereka mereka ini.. ada yang dapat CDB Flat 3 bilik, ada yang dapat elaun bulanan dan lain lain.. so, istana tu kerajaan Singapore ambil kononnya untuk dijadikan warisan peninggalan Melayu.. hehe.. walhal, secara tidak langsung, hilang la tahta sultan .. adus.. betul atau tak, kena tanya waris sultan... (kena saman ke tak ehh cerita nie.. harap harap tak la kan.. ). Istana nie nak masuk free je.. tak ada bayaran dikenakan.. so, kalau rasa nak merasa jadi sultan, duduk istana lama (macam istana adabi), boleh la masuk dan meninjau ninjau keadaan didalam istana ini.. nak tau apa ada dalam istana nie, kena la datang sendiri.. nak google pun boleh..

Yang bagusnya kat Mesjid Sultan nie, satu memang jadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat lima waktu, tak kurang jugak pelancong untuk bersembahyang sama, aktiti kat mesjid nie memang full. Ada qiamulail, kuliah subuh, kuliah maghrib, ada taskirah, ada aktviti komuniti dan lain lain.. Selain tu, setiap aktiviti memang pihak pengurusan mesjid akan update dalam Blog? Sori beb, blog tak main la.. mesjid ni ada website sendiri.. www.mesjidsultan.sg memang terbaik.. kalau nak tau, mesjid di Singapore sangat organize.. bukan saja Mesjid Sultan, malah mesjdi mesjid lain pun sama..

Kalau rasa lapar, nak makan kat kedai yang ada disekitar mesjid pun banyak.. lupa pulak, kalau hari jumaat, pihak berkuasa membenarkan kereta parking di sekitar jalan jalan area mesjid, untuk memudahkan jemaah menunaikan ibadah solat.. tapi sampai siap solat jumaat je la.. lepas dari tu, kalau parking suka suka, amik kau saman bertepek kat cermin kereta.. haha

3. Mustafa Centre - Tempat ni pun popular la jugak.. Ia merupakan gedung membelibelah perlatan elektronik milik orang Islam Singapore. Dari Arab Street ke sini lebih kurang 10minit macam tu la.. kalau rajin jalan pun boleh, kalau tak rajin, naik je kereta untuk kesini.. Kalau ada duit lebih, boleh la melabur kat Mustafa Center ni.. hehe.. actually bagi yang gemarkan gejet elektronik, kat sini memang banyak la.. bukan saja kat dalam mall nie sendiri, tapi kedai kedai yang berada disekitar pun banyak. Ni nak habaq mai, kalau tukaran 1SGD = RM2.5 atau kebawah, banyak barangan yang ada di sini adalah lebih murah kalau compare dengan kat Malaysia.. tapi kalau ikut currency sekarang nie, memang mahal la.. tapi bukan tu je, biasanya barang elektronic kan ada warranty kan.. so kalau beli barangan elektronic kat ovesea, pastikan dia menyediakan international warranty, maksudnya, walau kat mana negara pun kita berada, warranty tu tetap valid.. kalau tak.. memang jahanam la.. kalau tak rosak tak apa, yang jadi masalahnya, bila rosak..

Biasanya kat Mustafa Centre nie kita akan spent dalam 1jam sampai 2jam.. keluar dari kawasan nie lebih kurang jam 3 petang macam tu la..

4. Chinatown Singapore - Dari Mustafa Center ke Chinatown mengambil masa dalam 15minit macam tu la.. dengan menaiki kereta... Apa ada kat Chinatown? Actually Chinatown adalah tempat asal orang cina dari negara Tanah Besar China berhijrah dan memulakan penempatan. Disini, mereka mula membina penempatan dan menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat. Itu dulu la.. sekarang banyak perniagaan dah berubah.. kalau dulu, mungkin diaorang jual candu, tapi kalau sekarang mereka jual candu, mau duduk penjara dan silap haribulan, kena gantung bai... so, sekarang bangunan bangunan lama peninggalan orang orang awal peneroka, telah digantikan dengan perniagaan semasa.. Ada jugak bangunan yang dijadikan kedai kedai makan, menjual cenderahati dan lain lain..

Kalau komuniti melayu ramai tertumpu di Geylang Serai, kat sini memang kebanyakannya adalah orang cina yang mendominasi kedai kedai dan perniagaan.. Nak makan? Boleh je.. pilih la nak makan apa.. semua makanan cina.. halal tak halal tak tau la.. tapi bersih la.. (bersih tak bermakna halal tau..)

5. Little India - Perjalanan dari Chinatown ke Little India mengambil masa lebih kurang 15minit hingga 20minit.. Kat sini memang terkenal dengan kedai kedai yang menjual barangan orang India.. time depavali, memang happening gila la.. ada yang cari sari, punjab dan lain lain..Little India pun sama macam Chinatown dan Arab Street.. tempat perniagaan dan asal koloni yang berasaskan bangsa..

6. Ochard Road - Dengar nama Ochard Road je semua dah senyum ekk.. Terutama sekali yang suka shopping.. Sebelum Shopping, kena solat dulu beb.. kalau tak nanti tak ingat dunia.. abis semua duit dalam kad kredit. Kat Orchard Road nie ada satu mesjid yang membolehkan kita menunaikan solat - Mesjid Al Falah.. Yang nak solat asar (last minit) dan nak terus solat maghrib sekali pun boleh.. Sambil sambil tu, boleh la rehatkan badan...

Kat sini memang banyak tempat shopping. Lucky Plaza, Takashimaya, H&M adalah antara gedung membelibelah yang ada di Orchard Road nie.. Amacam, berani tak nak shopping? Boleh je, janji duit ada.. nanti cari la lagi kan.. bukan selalu pun dapat shoping kat Singapore nie..

Kat Lucky Plaza ada tempat makan. So kalau nak makan yang ala ala tekak Malaysia, boleh la makan kat Nasi Ayam Penyet Ria.. Harganya pun ok la.. actually kalau kita perasan, kalau nasi ayam kat Malaysia RM7, kat sini pun 7 jugak.. tapi dalam SGD la.. hehe.. kalau kita keja kat Singapore dan makan kat sini, so macam tak ada beza la. Tapi kalau kita keja kat Malaysia, dan makan kat Singapore, memang terasa la mahalnya.. haha. Kalau keja kat Singapore dan makan kat Malaysia, sama la macam keja kat Malaysia dan makan kat Bandung.. hehehe - murah

7. Marina Bay Sand - Kat Marina Bay Sand ni pun tak payah bayar.. cuma kena bayar parking kenderaan je.. kat sini orang dari Malaysia memang berdisplin. Sebabnya takut kena saman.. Walaupun dia seorang gangstar di Malaysia, bila masuk Singapore je, terus jadi tikus.. napa tah.. boleh pulak memandu secara berhemah, ikut peraturan speed, ,bagi signal bila nak belok bagai.. sebabnya polis kat sini memang stright sikit.. terutama sekali pada kenderaan asing.. dari mana lagi, Malaysia la..

Kalau kena saman kat Singapore dan kita berjaya keluar dari Singapore pada hari yang sama, next time bila kita nak masuk, sure kat check point kita akan disuruh bayar saman dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kalau tak nak bayar pun boleh, u turn la.. hehe

Marina Bay Sand ni adalah tempat wajib bagi para pelancong mengambil gambar. Kalau tak ambil gambar kat sini, boleh la kita cakap tak ada bukti kehadiran kita ke Kota Singa.. boleh gitu.. Dari Orchard Road pun tak la juah sangat.. nak jalan kaki pun boleh kalau larat.

Untuk trip sehari di Singapore, biasanya kita akan sampai ke sini dalam jam 9malam.. So, masa nie adalah masa yang cantik untuk amik gambar.. Tapi make sure camera yang kita ada tu boleh ambil gambar waktu malam.. kalau tak, memang nampak gelap je la..

Ok, berakhir sudah trip sehari kita ke Singapore. Kalau anda berminat untuk mengikuti trip ke Singapore bersama kami, kami mengalu alukan sebarang pertanyaan. Harga, masa, tempoh trip dan lain lain. Sila berurusan terus dengan kami dengan menghubungi seperti dibawah;

Accurate Travel Sdn Bhd
No 4A Jalan Tembikai 6
Taman Kota Masai
Pasir Gudang
Johor
Tel : +60127437779
Email : inquiry.accurate.travel@gmail.com


Wednesday, 11 March 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 7 - akhir)

Dari [bahagian 6]

Salam.. Setelah penat seharian jalan jalan sekitar Bandung semalam, hari ni adalah hari terakhir di sini.. Dalam mana mana pakej percutian, hari terakhir dipanggil FREE and EASY. So hari ketiga nie pagi pagi lagi kami dah bangun... planning kami adalah untuk melawat (jalan kaki) sekitar Bandung.. Tapi tak la sampai jalan jauh jauh.. just dekat dekat je.. then disamping tu, kami nak pergi shopping kek cokolet yang paling ngetop kat sini... 

So, dalam kul 7 am kami memulakan langkah untuk jalan jalan sekitar Bandung.. dalam lingkungan 2km radius dari tempat  penginapan kami... almaklum je la kan.. nama pun kawasan pergunungan / pinggir gunung, udara pagi kat sini memang fresh... kami sempat la melawat satu tempat nie.. pasar jual burung.. mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat nie.. dan tak ada pun dalam google.. just jalan jalan lalu terjumpa.. kat sini ramai jugak penjual yang menjual pelbagai sepesis burung.. harga semua juta juta (rupia)... 

 Dalam kul 10 am mcam tu, transport dah sedia menunggu kami di hotel.. so kami check out sekali dan terus menuju tempat orang gila makan shopping... kalau kat Bandung nie, paling ngetop ialah brownies Amanda.. ada orang kata rasanya sedap, ada orang kata harganya murah.. dan macam macam lagi la alasan yang cik kak kita bagi untuk membolehkan dia g kedai kek tu dan shopping kat sana... 


Actually dia nie ada banyak branch.. merata seluruh indonesia nie.. antara kek yang paling popular dikalangan orang malaysia adalah brownies, yang kukus ada yang masuk oven ada..macam macam la.. pilih, bayar dan bawa.. tapi rasanya mmg sedap pun.. AWAS.... jangan sampai tertipu.. kat jalan jalan sekitar bandung, ramai jugak bibik / mbak mbak yang jual benda yang sama jugak.. tapi tak sure la ori atau tak.. kalau nak sure yang ori, datang terus je kat sana..

Flight kami ke Senai adalah jam 1 pm macam tu.. so kul 1130 am kami dah ada kat area airport.. takut jugak kalau tertinggal flight... tak pasal pasal kena duduk indon sehari dua.. haha.. 

Ok kalau ada yang teringin ke Bandung.. sekarang banyak service provider yang kesana.. skalau dari JB dan KLIA, Airasia ada menyediakan perkhidmatan nie.. kalau dari senai nie, seminggu 3 kali iaitu hari selasa khamis dan sabtu.. harga tiket biasa la kan.. kadang murah kadang mahal...kalau kena nasib baik, mungkin akan dapat tiket serendah rm40 sehala.. kalau tak kena harinya, mungkin cecah 200 sehala..

Kami di Accurate Travel Sdn Bhd ada menyediakan ground travel arrangement.. serendah RM350 seorang.. siap dengan pengangkutan, driver, tempat penginapan, dan sarapan pagi... kalau nak kami sediakan dengan tiket penerbangan pun boleh.. terpulang pada anda.. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi +60127437779 Bapak Shafie