Tuesday, 17 March 2015

Melancong Sehari Ke Singapore : Pakej Tanpa Bayaran

Semua orang tahu yang Singapura / Singapore / SG merupakan sebahagian Malayssia suatu ketika dulu.. Atas sebab sebab tertentu, SIngapore telah keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah negara merdeka sendiri. Sekarang nie, Singapore merupakan salah sebuah negara yang walaupun kecil, tetapi maju dari segi pembanguan materialnya.. Sejak kemerdekaan, ia telah dipimpin oleh Lee Kuan Yu (orang panggil dia sebagai pengasas Singapore moden) seterusnya digantikan oleh Goh Chok Tong dan sekarang nie kembali dipimpin oleh keturunan Lee Kuan Yu iaitu Lee Hsein Loong...

Kalau nak ikutkan sejarah, masa saya kecil dulu, nilai mata wang Singapore nie jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia.. Maka, dulu ramailah orang Malaysia (zaman mak dan ayah saya), berpusu pusu ke sana untuk membelibelah.. Masa tu.. orang Malaysia kalau kesana memang tak sah kalau tak beli Laici dalam tin dan tuala.. haha.. tak tau kenapa.. mungkin masa tu, liaci dalam tin dan tuala sukar nak diperolehi di Malayasia.. hehe. Kedai yang menjual tuala, terletak di Woodland, kalau tak silap saya masih ada sampai ke hari nie..

Ok la.. itu adalah sedikit intro mengenai Singapore. Kalau kita compare dulu dan sekarang, memang jauh berbeza. Malaysia seolah olah ditinggalkan beberapa tahun terkebelakang oleh Singapore. Matawang Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Singapore Dollar. Pada masa saya menulis sekarang, 1SGD = RM2.65.. Emm.. tapi.. itu pun tak menghalang orang dari Malaysia berpusu pusu untuk kesana - melancong.

Menarik sangat ke Singapore nie, sampai ramai orang nak kesana.. memang la kan.. keunikan Singapore memang tak dapat kita sangkal lagi.. dari kewujudan Universial Studio, Birdpark, Singapore Zoo, Night Safari, keunikan makanannya seperti sup tulang merah, nasi ayam lemon, rojak singapore, murtabaknya lagi, dengan beberapa tinggalan sejarah seperti Istana Kg Glam, Chinatown, Little India, Raffles Landing Site menjadikan Singapore sebuah negara yang wajib dilawati terutamanya orang yang tinggal berhampiran dengan Singapore itu sendiri - Johor.

Ada tempat yang kita perlu bayar untuk membolehkan kita memasuki tempat tempat tersebut, dan ada juga tempat tempat yang free je untuk masuk.. so, kita sebagai orang yang suka berjalan, kia boleh buat pilihan sama ada nak masuk tempat yang kena beli tiket, atau just nak jalan jalan makan angin sekitar Singapore tanpa dikenakan bayaran.. tepuk poket belakang, amik dompet, tengok dalam dompet, tanya diri sendiri.. hehe..

Disini saya ingin membawa anda sama sama berjalan ketempat tempat yang free je.. just nak bagi idea pada anda semua ok..

1. Geylang Serai - kalau masuk Singapore, tak sah rasanya kalau tak sarapan kat kedai ni - My Teh Tarik Eating House. Actually dalam kedai nie ada sub sub gerai yang lain.. ada jual bubur, nasi ayam, kuih muih dan air. Tempat nie boleh dikatakan happening la jugak.. sentiasa penuh je orang kat sini.. kalau salah langkah, nak beli air minuman pun kena beratur panjang.. selain itu, kalau nak sarapan, boleh jugak kat pasar Geylang Serai.. kat sini punbanyak kedai makan Melayu yang halal.. senang kata kalau kat sini, macam macam barang keperluan orang Melayu ada dijual.. baju, jubah, songkok, rempah ratus dan macam macam lagi la.. Time dekat raya puasa, tempat ni lagi happening gila.. senang kata time tu, orang Melayu satu Singapore akan tertumpu ke kawasan nie, selain Angsana JB.. haha... sori sis...

Oh ye ekk.. saya cadangkan, kalau anda nak ke Singapore, adalah dinasihatkan supaya ambil perkhidmatan tour di Johor, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit.. tapi banyak bergantung kepada nasib body la.. sebab kalau jalan tak jamm terutamanya di Tambak Johor. Kalau dari Woodland, perjalanan cuma mengambil masa dalam 30minit macam tu la.. Kenapa kita kena ambil perkhidmatan tour dari Johor? Oooo.. banyak sebab.. antaranya, kita tak familiar dengan jalan di Singapore, keduanya kita dah tahu mana kita nak pergi.. otherwise, kita akan abiskan masa seharian kita mencari cari tempat mana yang kita nak pergi.. jelas? Ni salah satu syarikat tour yang menyediakan perkhidmatan Singapore Tour - Accurate Travel Sdn Bhd - No telnya +60127437779

2. Kg Arab - Selepas dah puas makan kat Geylang Serai, minum cendol dan sup tulang merah bagai, destinasi kita seterusnya adalah ke Kg Arab. Kg Arab ni ada jugak orang panggil Arab Street, ada jugak yang panggil Kg Glam..

Disini terletaknya sebuah Mesjid Sultan. Mesjid ni adalah mesjid pertama Singapore.. Bersebelahan dengan mesjid nie, terdapat sebuah istana lama.. kat sini orang panggil Malay Heritage.. Actually bangunan ni adalah bekas Istana Sultan Melayu dulu.. menurut cerita orang local, Pak Mail (bukan nama sebenar. hehehe), dulu ada la beberapa waris yang tinggal kat istana tu.. tapi sebab kebodohan dan ketamakan sesama adik beradik, maka kerajaan Singapore telah mengambil kesempatan dan menghalau secara baik mereka mereka ini.. ada yang dapat CDB Flat 3 bilik, ada yang dapat elaun bulanan dan lain lain.. so, istana tu kerajaan Singapore ambil kononnya untuk dijadikan warisan peninggalan Melayu.. hehe.. walhal, secara tidak langsung, hilang la tahta sultan .. adus.. betul atau tak, kena tanya waris sultan... (kena saman ke tak ehh cerita nie.. harap harap tak la kan.. ). Istana nie nak masuk free je.. tak ada bayaran dikenakan.. so, kalau rasa nak merasa jadi sultan, duduk istana lama (macam istana adabi), boleh la masuk dan meninjau ninjau keadaan didalam istana ini.. nak tau apa ada dalam istana nie, kena la datang sendiri.. nak google pun boleh..

Yang bagusnya kat Mesjid Sultan nie, satu memang jadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat lima waktu, tak kurang jugak pelancong untuk bersembahyang sama, aktiti kat mesjid nie memang full. Ada qiamulail, kuliah subuh, kuliah maghrib, ada taskirah, ada aktviti komuniti dan lain lain.. Selain tu, setiap aktiviti memang pihak pengurusan mesjid akan update dalam Blog? Sori beb, blog tak main la.. mesjid ni ada website sendiri.. www.mesjidsultan.sg memang terbaik.. kalau nak tau, mesjid di Singapore sangat organize.. bukan saja Mesjid Sultan, malah mesjdi mesjid lain pun sama..

Kalau rasa lapar, nak makan kat kedai yang ada disekitar mesjid pun banyak.. lupa pulak, kalau hari jumaat, pihak berkuasa membenarkan kereta parking di sekitar jalan jalan area mesjid, untuk memudahkan jemaah menunaikan ibadah solat.. tapi sampai siap solat jumaat je la.. lepas dari tu, kalau parking suka suka, amik kau saman bertepek kat cermin kereta.. haha

3. Mustafa Centre - Tempat ni pun popular la jugak.. Ia merupakan gedung membelibelah perlatan elektronik milik orang Islam Singapore. Dari Arab Street ke sini lebih kurang 10minit macam tu la.. kalau rajin jalan pun boleh, kalau tak rajin, naik je kereta untuk kesini.. Kalau ada duit lebih, boleh la melabur kat Mustafa Center ni.. hehe.. actually bagi yang gemarkan gejet elektronik, kat sini memang banyak la.. bukan saja kat dalam mall nie sendiri, tapi kedai kedai yang berada disekitar pun banyak. Ni nak habaq mai, kalau tukaran 1SGD = RM2.5 atau kebawah, banyak barangan yang ada di sini adalah lebih murah kalau compare dengan kat Malaysia.. tapi kalau ikut currency sekarang nie, memang mahal la.. tapi bukan tu je, biasanya barang elektronic kan ada warranty kan.. so kalau beli barangan elektronic kat ovesea, pastikan dia menyediakan international warranty, maksudnya, walau kat mana negara pun kita berada, warranty tu tetap valid.. kalau tak.. memang jahanam la.. kalau tak rosak tak apa, yang jadi masalahnya, bila rosak..

Biasanya kat Mustafa Centre nie kita akan spent dalam 1jam sampai 2jam.. keluar dari kawasan nie lebih kurang jam 3 petang macam tu la..

4. Chinatown Singapore - Dari Mustafa Center ke Chinatown mengambil masa dalam 15minit macam tu la.. dengan menaiki kereta... Apa ada kat Chinatown? Actually Chinatown adalah tempat asal orang cina dari negara Tanah Besar China berhijrah dan memulakan penempatan. Disini, mereka mula membina penempatan dan menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat. Itu dulu la.. sekarang banyak perniagaan dah berubah.. kalau dulu, mungkin diaorang jual candu, tapi kalau sekarang mereka jual candu, mau duduk penjara dan silap haribulan, kena gantung bai... so, sekarang bangunan bangunan lama peninggalan orang orang awal peneroka, telah digantikan dengan perniagaan semasa.. Ada jugak bangunan yang dijadikan kedai kedai makan, menjual cenderahati dan lain lain..

Kalau komuniti melayu ramai tertumpu di Geylang Serai, kat sini memang kebanyakannya adalah orang cina yang mendominasi kedai kedai dan perniagaan.. Nak makan? Boleh je.. pilih la nak makan apa.. semua makanan cina.. halal tak halal tak tau la.. tapi bersih la.. (bersih tak bermakna halal tau..)

5. Little India - Perjalanan dari Chinatown ke Little India mengambil masa lebih kurang 15minit hingga 20minit.. Kat sini memang terkenal dengan kedai kedai yang menjual barangan orang India.. time depavali, memang happening gila la.. ada yang cari sari, punjab dan lain lain..Little India pun sama macam Chinatown dan Arab Street.. tempat perniagaan dan asal koloni yang berasaskan bangsa..

6. Ochard Road - Dengar nama Ochard Road je semua dah senyum ekk.. Terutama sekali yang suka shopping.. Sebelum Shopping, kena solat dulu beb.. kalau tak nanti tak ingat dunia.. abis semua duit dalam kad kredit. Kat Orchard Road nie ada satu mesjid yang membolehkan kita menunaikan solat - Mesjid Al Falah.. Yang nak solat asar (last minit) dan nak terus solat maghrib sekali pun boleh.. Sambil sambil tu, boleh la rehatkan badan...

Kat sini memang banyak tempat shopping. Lucky Plaza, Takashimaya, H&M adalah antara gedung membelibelah yang ada di Orchard Road nie.. Amacam, berani tak nak shopping? Boleh je, janji duit ada.. nanti cari la lagi kan.. bukan selalu pun dapat shoping kat Singapore nie..

Kat Lucky Plaza ada tempat makan. So kalau nak makan yang ala ala tekak Malaysia, boleh la makan kat Nasi Ayam Penyet Ria.. Harganya pun ok la.. actually kalau kita perasan, kalau nasi ayam kat Malaysia RM7, kat sini pun 7 jugak.. tapi dalam SGD la.. hehe.. kalau kita keja kat Singapore dan makan kat sini, so macam tak ada beza la. Tapi kalau kita keja kat Malaysia, dan makan kat Singapore, memang terasa la mahalnya.. haha. Kalau keja kat Singapore dan makan kat Malaysia, sama la macam keja kat Malaysia dan makan kat Bandung.. hehehe - murah

7. Marina Bay Sand - Kat Marina Bay Sand ni pun tak payah bayar.. cuma kena bayar parking kenderaan je.. kat sini orang dari Malaysia memang berdisplin. Sebabnya takut kena saman.. Walaupun dia seorang gangstar di Malaysia, bila masuk Singapore je, terus jadi tikus.. napa tah.. boleh pulak memandu secara berhemah, ikut peraturan speed, ,bagi signal bila nak belok bagai.. sebabnya polis kat sini memang stright sikit.. terutama sekali pada kenderaan asing.. dari mana lagi, Malaysia la..

Kalau kena saman kat Singapore dan kita berjaya keluar dari Singapore pada hari yang sama, next time bila kita nak masuk, sure kat check point kita akan disuruh bayar saman dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kalau tak nak bayar pun boleh, u turn la.. hehe

Marina Bay Sand ni adalah tempat wajib bagi para pelancong mengambil gambar. Kalau tak ambil gambar kat sini, boleh la kita cakap tak ada bukti kehadiran kita ke Kota Singa.. boleh gitu.. Dari Orchard Road pun tak la juah sangat.. nak jalan kaki pun boleh kalau larat.

Untuk trip sehari di Singapore, biasanya kita akan sampai ke sini dalam jam 9malam.. So, masa nie adalah masa yang cantik untuk amik gambar.. Tapi make sure camera yang kita ada tu boleh ambil gambar waktu malam.. kalau tak, memang nampak gelap je la..

Ok, berakhir sudah trip sehari kita ke Singapore. Kalau anda berminat untuk mengikuti trip ke Singapore bersama kami, kami mengalu alukan sebarang pertanyaan. Harga, masa, tempoh trip dan lain lain. Sila berurusan terus dengan kami dengan menghubungi seperti dibawah;

Accurate Travel Sdn Bhd
No 4A Jalan Tembikai 6
Taman Kota Masai
Pasir Gudang
Johor
Tel : +60127437779
Email : inquiry.accurate.travel@gmail.com